Sunday, 13 April 2014

Guru, Guru Pelatih, Guru Praktikum Dan Guru Sebenar

Menggalas tugas sebagai guru pelatih bukan mudah terutamanya ketika berpraktikum. Jika sekarang kita lihat ramai yang terlalu ingin menjadi guru tetapi mereka tidak tahu apa sebenarnya tugas seorang guru dan pengorbanan seorang guru ini. Walaupun aku hanya seorang bakal guru, tetapi tanggungjawab dan cabaran seorang guru sebenar telah aku rasai setelah hampir tiga bulan berpraktikum di sekolah ini (SK Sunsuron, Tambunan Sabah).

Tapi rahsia ketabahan seorang guru terletak pada wajah anak-anak muridnya yang gigih untuk menerima ilmu daripada guru mereka. Bagi saya, walaupun saya sendiri pernah merasai kemalasan ketika masuk ke dalam bilik darjah untuk mengajar, namun melihat wajah mereka membuatkan aku kembali bersemangat untuk mengajar mereka apa yang mereka harapkan daripada seorang guru iaitu ilmu.

Ramai orang luar sana tidak pandai menghargai jasa seorang guru malah ada yang menyalahkan guru jika terjadi sesuatu kepada anak-anak mereka di sekolah. Misalnya hukuman merotan. Dulu sewaktu zaman saya masih di sekolah rendah, merotan adalah salah satu motivasi yang amat berkesan untuk mendisiplinkan murid-murid di sekolah. Aku pernah dirotan sebanyak 20 kali kerana gagal dalam perperiksaan Matematik dengan hanya mendapat 39 Markah. Bayangkan hanya satu markah lagi untuk capai 40 markah dan disebabkan kegagalan itu, aku dirotan sebanyak 20 kali tanpa henti. Paling parahnya, aku memberitahu ibuku apa yang berlaku disekolah dan ibuku sendiri mengambil rotan dan memukulku  kerana gagal. Bandingkan dengan sekarang, murid-murid sangat manja dan ibubapa pula menyokong anak mereka.

Tak hairanlah. orang-orang dulu cepat sangat belajar dan sangat berdisiplin kerana penglibatan ibubapa dan pihak sekolah dalam hal pendidikan anak-anak. Saya menyeru agar dalam pendidikan anak-anak ni, kita tidak berkompromi dan tidak pilih kasih kerana jika kedua-dua pihak beranding bahu maka hasilnya adalah luar biasa.

Menjadi seorang guru adalah pekerjaan yang amat mulia dan amat mencabar berbanding pekerjaan lain kerana tugas utama seorang guru adalah MENGAJAR PERKARA YANG BENAR SAHAJA.

Mereka sedang membuat tugasa PSV yang diberikan guru.

Sedang belajar tarian dengan bimbingan guru.

Adakalanya berselfie dengan cikgu membuatkan kita rapat dengan guru kita.